Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

KECANTIKAN RUPA PARAS ADALAH MAHKOTA DIRI,BUDI BAHASA & TUTUR KATA PENGHIAS PERIBADI,
AMAL SOLEH BEKALAN MENUJU MATI, KESEIMBANGAN KE 3-3 ADALAH KESEMPURNAAN WANITA SEJATI




Perjuangan menuntut pengorbanan. Sinar syuhada mengiring langkah. Wira agama@syahid menuju jannah





   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31







Lahir kedunia disambut azan, pulang ke kubur didahului solat, antara azan dan solat,wahai HIDUP alangkah singkat!!!!


MISG ONLINE NASYID






In a relationship!!!

Destinasi Cinta yang ku cari Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa
di dalm hati.............
Bagiku memadailah cinta
yang lahir dari wadah yang alpa
tiada tenang ku temui
hanya kecewa...........
menyelubungi




peminat setia cartoon alwan

Ukhuwah Yang terbina bukan kuntuman bunga, tapi peris TASBIH, ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingatiNYA, dicantum dgn CintaNYA,diRatib demi RedhoNYA



SOMETHING ABOUT ME

  • asiah zulkifly apandi
  • 20 julai 1984
  • bumi hijau kelantan
  • UPM studentaufa_solehah@yahoo.co.uk


    Pahit BERSABAR madunya REDHA,
    Perit BERUSAHA dimanisi TAWAKAL,
    Jerih BERAMAL menguntum PAHALA,
    Susah DIUJI bertambah TAQWA,
    Rintih mukmin hanya pdNYA.



    zackyah
    pakdi
    wanzu
    niknazmi
    sis lawyer zek
    bro faiz
    menj

    aufa_solehah
    #tulus kata hati#
    #kak su#
    #cinta sofea#








  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Jan 13, 2006
    My Fav PS 2 game...

    MY FAV PS 2 GAME......

    Last week ana dpt la email dari salah seorang pengunjung blog ana...dier ckp blog ana too inquisitive...yer ke? dier cadangkan supaya ana just nukilkan kehidupan ana sendiri tanpa masuk campur hal org lain...

    ana fikir2 balik...maner bleh...

    salah satu elemen penting kehidupan seorang muslim ialah "amar maaruf wa nahi munkar"...both of these must go together... not either one...so kl kite just tumpukan perhatian kpd kehidupan kite semata-mata..takkan tercapai  elemen ini...

     

    tapi untuk memenuhi permintaan ssudara ini, ana pun nak citer sket fav game ana nie...tajuk die DEVIL MAY CRAY....best2...mula tgk adek jer main..pastu masuk sekali....hehehe


    Posted at 10:04 pm by aufa_asiah
    Make a comment  

    Detektif Indigo...

    Salamzz..................

    Awallul kalam...samer2 kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi..kerana sampai di saat ini, Allah masih mengurniakan nikmat Iman dan islam...2 nikmat yg paling besar...tanpa kedua duanya...segala yg ada di dunia ini meaningless....

    Isna kalam...maaf la sbb lama ana x update blog nie...xder mase dicampur kekeringan idea dicampur lagi dgn malas...tp itu bukannya alasan kan? setelah di forced oleh sahabat ana si zack tu, ana pun tergerak hati, terjana minda nak kongsi minat ana nie...ana mmg suka baca novel..lebih2 lagi novel cinta...aper2 ntah...ish...dha mcm2 novel.novel cinta ker, islamic ker, sastera ker...semer ana baca...to be honest novel cinta nie sebenarnyer xder langsung pengajaran...hahhaa...jgn marah ek saper yg minat novel cinta..ader tapi sket jer...lebih kpd melayan perasaan.....

    ok nie baru masuk main point dier....ana nak share novel islamik, pemenang hadiah sastera no 2 2204...karya FAISAL TEHRANI.....best2...baca...

     

    Mengisahkan IQ luar biasa yg dimiliki oleh segolongan kanak2 yg digelar kanak2 indigo....sebenarnyer kanak2 indigo masih dalam kajian sampai ke hari nie..kewujudan mereka masih diperdebatkan hangat di Barat tp masih asing di benua ASIA....apa yg menarik pebulis cuba menyelitkan adegan2 lucu, kisah kehidupan kanak2 yg memiliki kelebihan masing2 bekerja berkhidmat utk  kepentingan Islam sejagat....

    citer die mcm citer CSI laa...penyiasatan....frankly speaaking KOMBAT lebih hebat bagi ana...tapi pengolahan yg berbeza dr penulis yg sama mencetuskan idea yg hebat....sungguh tertarik..menarik...CUBALAH BACA......

    p/s: penghargaan buat sahabat perjuangan zakiah atau nama manjernyer kiah...trima kasih sbb perkenanlkan novel2 bercorak mcm nie...selain dr House...aku pun dah jatuh cinta dgn karya2 faisal tehrani...cemerlang,gemilang,terbilang.....hehhehe...


    Posted at 09:29 pm by aufa_asiah
    Make a comment  

    Aug 14, 2005
    CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU

     
    CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU
    Oleh A. Ubaidillah Alias

    Segmen Satu ‘AMIR’

    BENING kota Cairo malam ini membuatkan hatiku benar-benar berkecamuk. Rona cinta memencarkan rasa pilu di epidermis jiwa. Memugar atma agar mencicip duka sedalam-dalamnya. Petang tadi, pijar mentari cukup membahang. Cairo di bungkus hangat metah. Motokar yang gesit di jalanan menambah bingit macet. Ripuh dan merimaskan.

    Tuntas, terang lazuardi diwaktu senja berubah menjadi warna jingga tua. Seperti terbakar. Dada langit beransur tercalit cat kelabu, mewarnai langit kermizi dengan adunan warna suram. Senja pergi, kegelapan membungkus setiap ruang. Kelam dan bulan tidak mahu muncul. Mungkin kerana tiada bintang yang sudi menemani.

    Saat ini, adalah sukar bagiku. Dalam sedar yang tak sedar, aku direntan wajah kisah silam. Helai demi helai novel silam kuulang tatap. Malam ini adalah waktu yang tidak pernah kulalui. Malam kurasakan benar-benar kumal dan meresahkan. Seperti tempat mengejar bayang-bayang di padang lalang. Membawa aku ke daerah kegelapan, gelap yang tiba-tiba bertukar menjadi cerah, diserikan bintang-bintang; kejora, nirwana dan belatik. Saat itu, siang seperti kelopak mawar yang mekar, lalu menabrakkan harumnya.

    Satu persatu aku menyingkap kenangan, Wajah Adibah singgah di terminal hati. Detik yang kian hening di balik kelam malam ini tidak bisa meramalkan apa yang bakal terjadi. Taman akalku seperti taman kegersangan yang dihujani air dari langit Tuhan. Taman yang kosong, mula bercambah dengan bunga-bunga mengharum. Taman akalku tidak lagi bertanah kering dan gersang. Sungai bijaksana akalku mula mengalir dan alirnya yang dingin mengalir ke dalam jiwa. Kebuntuan yang menyeka di akal fikir perlahan-lahan dibawa arus yang tenang. Ketika itu, aku adalah alirnya yang damai.

    ‘Adibah’ sudah bertahun nama itu hadir dan mewarnai jiwaku. Dia anak jati negeri Johor dan aku kelahiran bumi Serambi Mekah. Semenjak mengenali perempuan itu, hari-hari yang kulalui tampak ceria. Biarpun kami tidak pernah bertemu dan bersua, tetapi sesuatu telah membelit kemesraan antara kami. Bukan faktor zahir yang menyuburkan ikatan, tetapi rasa dalaman yang lahir daripada suatu perasaan.

    ‘Namun aku terlalu egois!’

    Benarlah kata orang. ‘Cinta itu buta, ia menyubur tanpa batas dan sempadan, ia hadir tanpa suara. Adanya dapat dirasa.’ Dalam kepayahan itu aku akur. Namun egoisku membentak.

    Wajah Rahim muncul dalam ingatan. Dia teman yang mempertemukan aku dengan Adibah. Dia antara sahabatku yang akrab. Dia pernah mengatakan.

    “Biarpun kasih sayang itu adalah anugerah tuhan. Tetapi manusia tidak lemah untuk menilai. Manusia mampu membuat keputusan dengan akal yang ada. Pertimbangan akal jauh lebih baik daripada mengikut rasa hati dan perasaan. Apabila akal dan ilmu memandu hati, tiada lagi cinta buta.”

    Aduh! Hampir debu-debu kewajaranku terbang dikusarkan badai emosi. Mungkin Rahim belum pernah melalui dan merasai apa itu cinta dan kecewa, dia tidak tahu betapa walahnya ribut rindu yang menghentam kolong jiwa. Hanya yang merasai akan mengetahui.

    Malam yang kian larut itu tidak membenarkan pita memoriku berehat walau sepicingpun. Dialog silam dan mersik suara Adibah terus-terusan bersipongang di gegendang.

    “Kenapa begitu? Tak sudikah Am?” Diba menyoal sangsi.

    “Am tak berniat mengecewakan sesiapa. Cuma masing-masing harus mengerti bahawa kita bukan penentu takdir”. Diri ini yang memulakan, dan sekarang entah bagaimana mahu memahamkan Diba apa yang ada di jiwa sendiri. Diba sebak, jiwanya mendesak untuk mendengar kalam dariku.

    “Adakah Amir terlalu egois sehingga tidak mahu melafazkan cinta. Sudah lama jiwa Diba mengharapkan kepastian dari Amir.”

    “Diba, perjalanan kita masih jauh. Kalau dinyatakan keputusannya sekarang, belum pasti kita akan bersatu. Hati manusia berubah-ubah, tidak sama hari ini dengan esoknya.”. Aku tercari-cari bicara yang sesuai. Dia tidak mahu kekeruhan terhambur dari lidahnya. Tidak bersedia melukakan hati Diba.

    “Am, nyatakan apa sebenarnya Am sembunyikan dari Diba. Diba mahukan kebenaran” Diba tidak berpuas hati dengan penjelasanku. Aku akur, wanita memerlukan penjelasan di atas setiap jawapan. Kadang-kadang mereka jauh lebih mengerti.

    Diba, Am bukan orang asing dari hidupmu. Am tidak akan menyatakan sesuatu melainkan untuk kebaikan kita. Kadang-kadang kebaikan itu pahit bukan?” Aku merendahkan suara. Emosi mula menguasai atma, aku cuba mengawal gelodak di jiwa.

    “Jadi, Am tidak akan membuat sebarang keputusan sekarang? Mahu diri Diba terkapai-kapai dalam seribu pertanyaan? Bukankah itu suatu penderaan?” Dalam diam, tegar atma cinta lebih kencang daripada helus nafas yang kian kuat berkocak. Saat itu, kebijaksanaanku seperti air beku di dalam cangkir vakum.

    “Diba, Siapakah Am sebenarnya untuk mengatakan Diba milik Am? Siapakah Am untuk mengishtiharkan bahawa Diba Akan kekal selamanya dalam ingatan Am? Siapakah Am untuk menyatakan jodoh sudah tetap antara kita? Adakah Am punya kuasa untuk menetapkan suatu yang belum pasti? Bukankah kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan?” Diam. Kelu.

    “Diba, Ikatan dengan kata-kata belum terjamin. Tetapi kalau hati sudah tetap dan muafakat, berdoalah moga esok masih ada hari untuk kita bersama. Akui bahawa kalau sudah jodoh takkan ke mana. Tak lari gunung dikejar. Namun, selagi kita berdiri sebagai seorang pelajar. Penuhilah tuntutan itu. Yakin dan pastilah, masa untuk kita bersama akan tiba nanti”

    “Jangan terlalu menyemai harapan pada hubungan ini, kita tidak sunyi dari perancangan tuhan” Kata-kata itu terpaksa diluahkan.

    “Mengapa harus kita bimbang Am, bukankah kita harus berusaha?”

    “Am bimbang, jika terbang tinggi jatuhnya akan parah”. Kata itu dilucutkan spontan.

    “Parah atau tidak itu soal kedua, yang penting kita harus cuba. Sekiranya asyik terbelenggu dengan rasa takut, kita tidak akan mengecapi nikmat berusaha dan mencuba. Andai gagal selepas mencuba, kita tetap bersyukur di atas pertemuan yang telah kita jaga dengan sebaik mungkin. Biarpun kita kalah, sekurangnya kita masih ada memori bersama”.

    Diam lagi.

    Haruskah aku menolak kenyataan itu? Rasa cinta melingkar dalam bening asmara. Memenuhi ruang hati, mendinginkan arteri darah yang mengalir ke jantung. Esophagus kering, hilang daya dan suara untuk berbicara.

    ‘Ah, persetankan rasa itu!.’ Aku mati hujjah untuk menyangkal. Sebetulnya aku amat mengharapkan hubungan ini berjaya, tetapi perjalanan yang perlu ditempuh masih jauh. Masih banyak ranjau yang melintang. Aku cuba menilai realiti yang semakin kabur.

    ‘Mencipta harapan pada suatu yang tak pasti, risikonya terlalu tinggi! Mustahil untuk aku bersamanya dalam tempoh terdekat lantaran kami masih lagi belajar. Setiakah aku? Cintakah aku padanya? Jika hari ini kami saling mencintai, bagaimana dengan esok atau setahun akan datang? Masihkah sama cinta itu dengan hari ini? Hati manusia berubah, tiada siapa mampu untuk menahan anjakan perasaan abstrak itu. Bagaimana sekiranya suatu masa nanti kami terpaksa menjaga ikat setia sedangkan cinta kami sudah tiada. Setia kami hanya kerana terikat dengan janji, atau kerana mahu menjaga hati di pihak sana? Siapa tahu jika itu terjadi’, aku gusar.

    “Diba, sebaiknya kita tumpukan pada pelajaran. Soal setia dan kasih itu tidak perlu kita luahkan, biar hati kita sahaja yang merasainya.”.

    “Am, harapan itu sepatutnya kita letakkan di puncak yang tertinggi, lalu kita usaha untuk menggapainya. Tiada makna mencipta hubungan andai tiada harapan disemai. Tiada guna kita belajar andai tiada cita yang mahu digapai. Salahkah kita berazam Am?”

    Tangan yang lama bersembunyi di dalam saku kutarik keluar bersama sekeping surat dari Rahim. Helaian itu kuselak kembali. Sedikit cahaya membantu aku membaca tulisan yang tercatat.

    Amir, sahabat yang diingati….

    Tujuan aku menulis kali ini untuk menyampaikan berita dan pesan daripada Adibah. Dia sudah lama tidak berutus khabar dengan kau, dia berkongsi masalahnya padaku. Namun, sebelum aku meneruskan bicara ini, aku mahu kau lapangkan dada Am. Jangan emosi mempengaruhi pemikiranmu. Biarkan semua sangkaan buruk yang bersarang itu lepas dan bebas.

    Ibu Adibah sudah memilih calon menantunya, namanya Shamsul Iskandar. Berasal dari Johor juga. Ibunya bercadang untuk mengahwinkan mereka secepat mungkin setelah Adibah memperoleh ijazah. Shamsul sudah punya pekerjaan tetap di Shah Alam. Semua ahli keluarga Adibah bersetuju untuk menyatukan mereka berdua. Adibah sendiri? Dia dalam dilema, namun permintaan ibunya memenangkan segala. Apapun, Adiba akan dijerut rasa bersalah selagi kau tidak menyatakan pendirianmu dalam hal ini. Kulihat dia tetap setia pada ikatan yang dipatri.

    Am, sebagai seorang kawan. Aku tidak mahu kau membuat keputusan yang salah. Aku mengerti, cintamu pada Adibah bukan sedikit. Namun, pilihlah keputusan yang terbaik untuknya. Adibah terhimpit. Percintaan kamu berdua memang sukar, tetapi cinta tak semestinya bersatu. Barangkali, kau harus merelakan Adibah untuk Shamsul. Aku mahu kau bahagia Am, begitu jua Adibah. Mungkin dia bukan untukmu.

    Am, aku berundur dahulu. Balaslah surat ini terus kepada Adibah. Katakan padanya yang baik-baik. Biar dia mengerti bahawa kau mengambil berat soal hati dan perasaannya. Dia sedang menantikan bicara darimu.

    Yang benar,
    Rahim Talib
    Johor.


    Mataku kaku pada kertas kuras itu. Melirik dan meniti pada bilah kata yang tercatat. Diam. Aku cuba kembali mencari kekuatan. Menyeru segala rasa, ilusi, imaginasi dan realiti menyatu kembali dalam kantung kewajaran. Meminta agar secebis ketabahan, segenggam kepasrahan, secalit kekuatan untuk menjelma, membantu diri ini mencari jalan keluar.

    Aku menghembus nafas berat. Takdir kun fayakun Tuhan menjadikan aku lelaki yang tegar mengharung lautan ilmu. Berbekal keazaman sendiri aku berusaha keluar daripada masyarakat keliling yang kabur menilai ilmu. Aku berjaya membunuh kegelandanganku sendiri. Aku menjadi lebih berani dan keluar daripada kelompok merendah diri. Pengalaman ini akan mengajar aku supaya tidak menyalahi nasib dan lebih berani seperti jaisy atau soldadu. Kini, aku mampu berdiri sendiri.

    Dahulu Diba mahukan kepastian hubungan aku dan dia. Sama ada aku menyayanginya atau tidak? Aku tidak menjawab waktu itu. Aku tahu ketika itu jawapanku tidak akan memberi apa-apa perubahan. Kerana dengan lafaz cinta, belum tentu aku dan dia akan disatukan. Bagiku, cinta itu tidak perlu dilafazkan segera. Cinta juga bukan semestinya bersama. Bagiku cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia.

    Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta di jiwa. Aku tetap yakin bahawa segalanya ada hikmah. Semoga keputusanku ini akan membahagiakan Diba. Itulah bukti bahawa aku menyayanginya walaupun aku tidak pernah melafazkannya. Biar ungkapan itu tersembunyi di balik hatiku.

    Segmen dua ‘ADIBAH’

    Adibah bangkit dari tikar sembahyang, sudah setengah jam dia bertafakkur di situ untuk mengutip kekuatan yang telah hilang beberapa waktu. Kini semangatnya makin pulih. Dia berjalan menuju ke jendela, langsir ungu itu ditolak ke birai. Cahaya mentari pantas menjamah lembut wajahnya. Angin lembut mengelus-elus masuk melalui celah jendela yang terbuka.

    ‘Hari sudah terang’, getus hati Diba. Dia masih ingat saat menerima anugerah dekan ketika majlis konvokesyen berlangsung. Ayah, ibu dan Abang Shamsul turut hadir meraikan hari bersejarah itu. Dia telah berjaya mendapat segulung ijazah bersama anugerah mahasiswi cemerlang. Alangkah baiknya jika Amir turut hadir.

    Semalam dia menerima warkah dari Amir. Amir telah merungkai persoalan yang membelenggu batinnya. Sukar untuk diungkapkan betapa jiwanya berterima kasih kepada Amir. Dia sendiri tidak pasti adakah kasih sudah berubah sepenuhnya. Yang pasti, rasa kagum pada kematangan lelaki itu tidak hilang. Amir adalah cintanya yang pertama.

    ‘Mungkinkah cinta itu diganti oleh yang lain?’, hati Diba berteka-teki.

    Adibah melangkah ke meja solek, sampul yang sudah terkoyak itu dibongkar. Hatinya dicengkam rasa syahdu dan sebak apabila menatap tulisan tangan Amir. Suatu masa dahulu tulisan itulah yang banyak mebahagiakannya. Dahulu dia begitu rindu menantikan kehadiran surat daripada Amir. Kalimah Amir membuatkan dirinya seolah menatap bait-bait puisi indah. Susunan bahasanya halus dan lembut. Diba sangat menyukainya.

    Assalamualaikum

    Diba...

    Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa mersik suaramu. Tetapi, aku tetap sedar bahawa kau tidak pernah berada di sisi. Semenjak dahulu, kini dan selamanya. Hanya aku bermain ilusi sendiri. Justeru, aku datang dengan wajah seorang kawan. Tidak minta dikasihi dan tidak minta dibenci. Hadirku untuk membantu melerai kekusutan. Aku yang memulakan salam pertemuan, selayaknya aku jua yang melafazkan salam perpisahan.

    Ingatkah sewaktu dirimu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan ini. Waktu itu betapa kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh. Kita yakin susah senang mampu diharung dengan sabar. Masa itu kita masih muda bukan, kita penuh dengan semangat serta azam. Kita kadang-kadang lupa dengan tribulasi, melihat cabaran dengan mata yang kurang terbuka. Biar jauh atau dekat, biar senang atau susah, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya.

    Dulu pernah kuungkap "Jangan terbang tinggi, kalau jatuh kan parah". Lalu Diba jawab "kalau kita tak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba". Kalam itu banyak memberi kesan kepada diriku.

    Aku terasing jauh dari bumi sendiri, terbang melintasi benua dan akhirnya terdampar di tepi pesisir mediteranean. Apabila diimbau sejarah kita, terasa seolah suatu kisah yang kita karang bersama adunan rasa sabar dan cekal. Walaupun hubungan kita tidak disuburkan dengan pertemuan, kesefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan. Kita jadi pasangan yang toleransi dan saling cuba memahami. Ah, seolah sebuah kisah mitos yang tidak wujud, namun ia telah berlaku dalam hidup kita.

    Dulu aku takut untuk melepaskan keindahan itu. Takut dengan perasaan sendiri. Ternyata, walau setinggi manapun kita terbang, kita perlu juga hinggap seketika. Mungkin sudah sampai masanya kita mencari haluan masing-masing sebelum kembali terbang. Jangan terjun dari awan, itu akan cederakan diri sendiri. Carilah dahan yang ampuh untuk kita turun dan hinggap. Agar tiada yang luka atau cedera. Jadilah persis burung besar. Ke mana sahaja kita terbang, semampunya kita tuju dengan sepenuh kekuatan dan kematangan.

    Selagi kita fahami realiti dan tidak terikat dengan emosi. Pasti konklusinya mampu kita capai dengan baik. Antara kita, mungkin ada peristiwa yang menjadi kenangan abadi. Namun tidak bermaksud kita mengagungkannya. Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia untuk diimbau. Biarlah ia menjadi khazanah yang berharga, atau mungkin sahaja hilang dipupus masa. Tuhan yang menentukan, bukan kita.

    Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi, ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta juga bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia. Terima kasih kerana pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa. Terima kasih…

    Sekian.

    Amir,
    Cairo, Republic Of Egypt.


    Adibah akur pada kenyataan Amir, itulah yang difikirkan terbaik buat mereka berdua. Biarpun sudah bertahun hubungan itu terbina, penghujungnya tetap baik walaupun mereka tidak mampu bersama. Sekurang-kurangnya persahabatan yang pernah terbina itu mampu dilestarikan sebaik mungkin.

    Adibah tidak akan menangis, sudah lama dia bermain dengan air mata. Kini air mata itu sudah kering dan kekeringan itu mengajarnya erti kedewasaan. Dia belum pernah mendengar lafaz kasih atau sayang daripada Amir, sehingga kini Amir tidak pernah meluahkan perasaannya pada Diba. Cuma, dia dapat rasakan setiap pemberian dan bicara Amir adalah ikhlas dan tulus. Ikhlas untuk menjaga jiwa dan maruahnya agar tidak tercemar.


    Siap pada 14hb Ogos,
    Di Kamar Sepi, Abbas Zakzuq, Cairo.
    Jam 8.40am.

    _________________
    Tak semua mimpi akan jadi kenyataan, tak semua kejayaan hadir melalui impian. Tetapi impian memberikan kita harapan untuk mengejar sebuah kejayaan!


    hati beri pada tuhan ... mata pandang depan ... kaki terus jalan
     Biar rebah jangan berubah, "Biar terbuang terus berjuang". Senyum mujahid menuju syahid!
     
     

    Posted at 02:35 am by aufa_asiah
    Comment (1)  

    Jun 1, 2005
    OT

    Assalamualaikum.........


    Persoalan yg ana cuba utarakan dlm entry kali ini adalah berkaitan dgn dresscode bg seorang doctor di bilik OT, perkara ini nampak remeh tp sebenarnya ia mempersendakan agam kita dalam konteks menjaga keperibadian muslim terutamanya muslimah....

    Contoh gambar bleh dilihat pada blog sahabat sayer, zarina zakiah(klik pada zackyah di sebeleh tepi blog ini). Aurat yg terdedah menyebabkan kami muslimat tidak berasa selesa, Alhamdulillah sahabat saya kiah telah menghantar surat agar perkara ini dipertimbangkan. Namun kami kesal sampai hari ini masih belum ade tindakbalas.....

    ana confiuselaaa............kenapa sistem and dresscode di semua hospital tidak sama, sedangkan di HUKM,UIA malah di oversea skalipun, pihak pengurusan membenrkan peljar muslimat memakai tudung kecil yg boleh disterilkan....

    apa sudah jadi.........


    Posted at 07:27 pm by aufa_asiah
    Make a comment  

    Syahid

    Assalamualaikum...

    For this entry..i would like to share to all of u a cerpen...story about keteguhan seorang pemuda muslim utk berjuang di jalan ALLAH......i got it from my sahabat....really hope sahabat2 could learn lesson from it.....



    Malam kian melabuhkan tirainya. Sepi. Cuma sesekali kedengaran suara unggas sahut menyahut. Bintang-bintang malam bertaburan. Menghiasi dada langit. Indah dan berkerdipan. Di satu sudut penjuru, kelihatan seorang anak muda khusyuk menghadap kitab suci Al-Quran. Bacaan lenggok bayati dialun-alunkan. Merdu. Membuai jiwa dan perasaan. Bacaan Al-Quran mengembalikan ketenangan. Haikal cuba menghayati isi kandungan kalamullah itu. Ditadabburnya bersungguh-sungguh. Namun bacaannya terhenti. Bola matanya tertancap pada ayat itu. Diamatinya berkali-kali. Dadanya bergetar. Tidak keruan.




    Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti dari memusuhi kamu maka tidak ada permusuhan lagi, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. ( Al-Baqarah:193)

    Ditutupnya kitab suci itu. Al-Furqan dicium lembut. Langkah diatur ke tingkap. Bayu padang pasir menerobos, menampar pipi. Sejuk dan mendamaikan. Namun gejolak di jiwanya kian membara. Jawapan perlu dicari. Keputusan harus dibuat. Haikal memejamkan matanya. Peristiwa di Masjid Hussin bagai diulang tayang. Masjid itu seolah-olah sudah sebati dengan jiwanya. Walaupun dia cuma dagangan yang hina di sini. Di bumi lembah Nil yang subur. Masjid Hussin kerap dikunjunginya . Malah bersolat jemaah di situ bagai satu kemestian. Dia sering bertafakkur, taabud jiwa taqarrub billah. Lantas Masjid Hussin menjadi saksi, saksi seorang insan yang mendamba cinta Ilahi. Namun munaqasyah bersama Syeikh Imam Ahmad petang tadi kembali mengocak ketenangan. Tawaran Syurga Firdausi menimbulkan persoalan.

    Mengapa aku harus ragu? Mengapa tidak aku serahkan segala jiwa dan ragaku ke jalan Ilahi?Hati itu bersuara. Tapi bagaimana dengan ibu, abah malah adik-adik di kampung? Hatinya bersoal lagi. Haikal berkira-kira, menimbang-nimbang keputusan yang bakal dibuat.

    Tidak! Tidak! Aku tidak akan kalah dengan bisikan nafsu dan syaitan. Sama sekali tidak! Lantas istighfar dilantun berkali-kali. Bisikan hati cuba ditepis. Dia bermujahadah. Demi Allah, dengan bersaksikan malam yang pekat dan bintang-bintang malam yang bergemerlapan indah, sesungguhnya hidupku dan matiku hanya keranaMu Ya Allah. Tegas sekali keputusan Haikal. Dan dia nekad, keputusan ini tidak akan berganjak, sama sekali tidak. Dibulatkan azam, dipejalkan tekad. Semangat yang tadinya luntur ditiup kembali. Keputusan yang wajar sudah dibuat.

    ______________________________________________________________

    Langkah dihayun selaju mungkin. Sesekali disekanya peluh jantan yang merenek, membasahi dahi. Mentari garang memancarkan sinarnya. Bumi Damanhour panas. Sementelahan musim sejuk berlalu pergi, musim panas silih berganti. Tidak seperti Malaysia. Bumi semenanjung Golden Chersone itu sentiasa dipayungi awan redup. Nyaman. Tidak sepanas ini. Namun kembara di bumi anbiyak perlu diteruskan. Cuaca bukan alasan. Ilmu perlu dicari, diburu malahan digali. Jika tidak masakan dia menjejakkan kakinya di jazirah Semenanjung Arab ini.

    Dari jauh rumah sewa Amir menggamit pandangan. Rumah yang dikelilingi pohon kurma yang merendang tampak sederhana. Di kiri dan kanan Haikal, unta-unta setia menawarkan khidmat. Bebanan berat ditanggung tanpa sebarang karenah. Binatang itu cukup sabar. Dan Haikal kagum. Cukup kagum dengan binatang itu. Kenderaan? Kereta? Apalah yang ada di era 1948 ini. Tambahan pula di daerah Damanhour yang terpencil. Cuma sesekali kelihatan beberapa buah teksi yang berulang alik dari Kaherah. Itupun jarang.

    Amir muncul dari dapur, menatang teh panas beserta roti dan zaitun. Minumlah Haikal, air bujang saja,·seloroh Amir.

    Gurauan itu disambut dengan senyuman panjang. Aroma teh herba yang harum menerjah hidung. Pantas as-syai itu diteguknya. Lega rasanya. Rasa gembira tidak dapat dibendung lagi. Amir perlu diberitahu.

    Amir, aku ada hal sikit nak cakap dengan kau, aikal bersuara, memecah keheningan.

    Suapan roti dan zaitun terhenti. Amir memandang sahabatnya itu.

    Aku dah buat keputusan. Esok aku akan daftarkan nama di pejabat Jamiyatus Syubbanil Muslimin di Ramsis. Palestin bakal kujejaki. Biar kaki ini berdiri di Quds. Biar tangan ini menghancurkan Yahudi. Biar jiwa ini kunafkahkan ke jalan Ilahi. Lagipun jihad sudah diisytiharkan. Bayangkan aku akan bersama-sama Imam Syeikh Hassan Al-Banna beserta jemaah Ikhwanul Muslimin yang lain, membebaskan Palestin dari belenggu Yahudi yang dilaknat, terang Haikal panjang lebar. Jelas dan nyata. Kegembiraan terpancar di wajahnya.

    Mulut Amir terlopong. Matanya terbeliak. Tangannya diletakkan di dahi Haikal.

    Kau demam? Amir bersuara kehairanan. Apa mimpi sahabatnya yang seorang ini. Tiba-tiba muncul membawa khabar yang tidak diduga.

    Tidak. Aku serius. Malah keputusan ini tidak akan berganjak! Tegas sekali nada suara Haikal.

    Bodoh·kau memang bodoh. Kenapa susahkan diri? Biarkan Palestin dengan kisahnya. Yang penting kehidupan kita di bumi ini.·Amir bersuara kendur.

    Haikal tersentak. Terkejut bukan kepalang. Tidak disangka kata-kata itu keluar daripada mulut sahabat baiknya, Amir. Kalau diikutkan nafsu amarahnya mahu sahaja ditampar mulut celupar itu. Namun Haikal sedar tiada gunanya mengikut rasa marah. Seperti menyiram minyak ke api yang marak. Dihela nafasnya. Cuba bersabar barangkali.

    Habis, sanggupkah kau melihat bumi Isra·dan mikraj itu diperkosa dan dinodai? Nyawa bagai tiada berharga. Umat Islam disembelih sewenang-wenangnya. Anak kehilangan ibu, isteri kehilangan suami. Palestin menjadi saksi, Yahudi sudah menunjukkan taringnya. Seolah-olah gah dengan kuasa yang ada. Kepada dunia ingin mereka buktikan, Perang Salib berulang kembali. Namun dengan keputusan yang berbeza. Seolah-olah kemenangan kini berpihak kepada mereka. Kehinaan ini perlu ditebus, maruah Islam harus dikembalikan.·Haikal menghela nafas. Sesekali air liur ditelannya.

    Tapi kita bukan bangsa Arab, Haikal. Kita orang melayu. Melayu jati, berkulit sawo matang. Persetankan apa yang terjadi. Biar bangsa Arab sendiri yang menyelamat keadaan. Itu bumi mereka,·Amir cuba menegakkan benang yang basah.

    Haikal memandang Amir. Anak matanya tajam menikam iris sahabatnya itu.

    Betapa jangkalnya hujahmu itu. Kau cuba katakan dalam Islam wujud jurang pemisah, pembeza antara warna kulit, kaum dan bangsa. Sedangkan jelas, yang membezakan cuma taqwa. Arab, melayu sama sahaja. Sejarah dulu telah membuktikan pada tanggal 1187, bumi Palestin dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayubi dalam perang Hittin yang dahsyat. Sedangkan Salahuddin bukan berdarah arab Palestin. Beliau berketurunan kurdi, satu bangsa yang mendiami utara Iraq, sempadan Turki. Namun kenapa jiwa diperjudikan? Nyawa jadi taruhan? Pastinya kerana iman yang mendalam. Kerana bumi Palestin bumi kita. Bumi ummat Islam. Dan juga kerana penghinaan Yahudi yang melampau. Tapi..paling menyedihkan makam pejuang berjasa, pembebas Palestin dari taghut yang menggila itu dijijak dan dicaci oleh Lord Olenby. Ketua Pasukan Salibiah itu perlu diajar!·Haikal mengetap bibir, menahan marah.

    Amir, dalam surah Al-Baqarah ada menyebut sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu, melainkan kamu mengikut millah mereka.·Malahan dalam solat kita seharian, ungkapan ghairil maghdu bia'laihim waladholin·sering disebut. Kau tahu jalan orang-orang yang sesat? Jalan orang Yahudi dan Nasrani yang dilaknat.·Bicara yang bersisa disambung. Ada nada keras dalam suara itu.

    Habis kau cuba buktikan kau Salahuddin Al-Ayubi yang kedua? Usah bermimpi di siang hari Haikal.·Tanpa memandang Haikal, Amir mengajukan soalan, seolah mengejek.


    Haikal senyum.

    Apa salahnya·ndai itu ditakdirkan. Bangkitlah Amir! Bangkit dari lenamu yang panjang. Buktikan kejantananmu, usah dayus dan pengecut.·Kata-kata itu mengakhiri perbualan antara dia dan Amir. Lantas Amir terkulat-kulat ditinggalkan keseorangan. Kecewa mengepung dada. Tidak disangka Amir berfikiran kolot sebegitu. Bukan sehari dua Amir dikenalinya. Malahan bertahun-tahun. Untaian ukhuwah itu telah terjalin lama. Sementelahan Amir teman sepermainannya sejak kecil. Mereka sama-sama membesar di desa yang sama, desa terpencil di Dungun, Terengganu.

    Alhamdulillah. Haikal bersyukur. Keluarganya cukup memahami. Pantas kalimah syukur dipanjat kepada Rabbul Izzati. Abahnya tidak membantah, begitu juga dengan ibunya. Malah kuntuman doa dan restu ditaburkan mengiringi perjuangan Haikal. Barangkali darah nenek moyangnya, Haji Abdul Rahman Limbong mengalir dalam diri. Meresap ke segenap urat nadi. Darah pejuang. Haikal masih ingat, malah ingat benar pesanan abahnya sebelum bumi Arab ini diterokanya.

    Abah dulu pernah bercita-cita untuk mati syahid ketika menentang penjajah Inggeris dahulu. Namun hajat itu tidak kesampaian, terhenti di tengah jalan. Tapi abah mahu perjuangan itu kau teruskan Haikal.·Kata-kata itu acapkali terngiang-ngiang di cuping telinganya. Seolah-olah baru semalam kalimah itu dilafazkan. Harapan abahnya tinggi, mahu melihat Haikal menjadi rijaluddin dan mujahid di jalan Allah. Amanah itu sentiasa melingkar utuh di sanubarinya. Dan Haikal nekad, amanah itu akan ditunaikan walau nyawa di hujung pedang.

    Haikal mematikan lamunan. Pantas kartu syair karangan penyair terkenal Palestin, Ibrahim Tuqan dicapainya.

    Di hadapan sana tragedi yang menggerunkan. Si muda menjadi tua lantaran kegerunan. Kamu seperti resam kamu yang tidak menghiraukan. Selain daripada sisa yang tidak berharga kesudahan dimusnahkan oleh golongan taghut. Beritanya tersebar jauh ke sana. Tiada mahligai yang kekal abadi untuk penghuninya. Dan tidak juga walau sebuah pondok yang usang.

    Posto! Posto!·.posto untukmu Haikal.·Muncul Nasir sambil menghulur surat di tangan. Mengganggu pembacaan. Telo keindonesiaannya pekat.

    Cewek barangkali,·Nasir bergurau sambil tersenyum sumbing. Kerang busuk.
    Terima kasih Mas Joko,·Haikal juga tidak mahu kalah, gurauan Nasir dibalas. Lantas meledak tawa antara mereka.
    Surat bertukar tangan. Haikal terkejut. Tenang yang tadinya diam mendiami kalbu hilang entah ke mana. Resah datang bertandang. Tulisan tangan yang cantik dan kemas itu ditatapnya.
    Zulaika· terpacul nama itu.

    Haikal dipagut kegelisahan. Mungkinkah tunangnya memahami dirinya? Adakah Zulaika juga seperti Amir, menghalang niat sucinya? Bertalu-talu soalan itu menerjah minda. Namun Haikal bulatkan azam, Zulaika tak mungkin mampu menggugat keputusannya. Bukan itu tujuan cintanya. Cinta manusia rela dikorbankan. Cinta Ilahi itu lebih utama. Itu syarat ?alawatul iman· Haikal tidak mahu tewas di tangan seorang perempuan. Nasibnya tidak mahu disamakan dengan Napoleon Benaparte.

    Assalamualaikum wbt.
    Saudara Mohd Haikal yang dikasihi kerana Allah dan RasulNya.
    Hasrat murni Haikal telah ummi sampaikan pada Ika petang tadi. Alhamdulillah. Jauh di sudut hati ini, Ika bangga mempunyai seorang tunang seperti Haikal. Yang cekal dan tabah. Yang sanggup menafkahkan jiwa dan raga di jalan Ilahi. Namun jangan sekali-kali tersemat di hati Haikal bahawa Ika penghalang niat sucimu. Demi Allah tidak! Tidak mungkin Ika menjadi penghalang kepada seorang insan yang mencari kasih dan cinta Ar-Rahim. Biarlah Ika menjadi Saidatina Khadijah, pendorong segala kejayaan Rasulullah, suami tercinta.
    Haikal,
    Masihkah Haikal ingat satu kisah di zaman Rasulullah. Seorang gadis yang dipinang oleh Rasul untuk seorang pemuda yang beriman. Namun sebelum bahtera rumah tangga dilayari bersama, pemuda itu syahid, tersungkur di Jabal Uhud. Biarlah takdir Ika seperti gadis itu dan Haikal seperti pemuda itu. Ketepikan rasa cinta buat Ika. Burulah cinta Ilahi. Ika di sini akan sentiasa mendoakan Haikal. Semoga Haikal temui impian yang tergapai. Ayuh, majulah pejuang allah.

    Salam dari kejauhan,
    Zulaika Nubaila.

    Surat Zulaika ternoktah di situ. Rasa terharu mengepung dada. Zulaika gadis solehah. Haikal bersyukur dikurniakan seorang tunang seperti Zulaika. Cukup memahami dirinya. Surat itu disimpan kemas. Semangatnya makin menyala-nyala. Masjidil Aqsa seolah-olah melambai, menanti-nanti kedatangan.

    Pagi itu mendamaikan. Cuaca cerah, tiada riak-riak gerimis akan datang melanda. Angin berpuput lembut. Haikal, Nasir, Hafiz dan Rafiq masing-masing sibuk mengemas barang yang perlu dibawa. Dengan lafaz bismillah kembara cinta menuju Ilahi pun bermula. Perjuangan itu baru bermula·.baru bermula. Haikal bergerak pantas. Mereka perlu cepat. Perjalanan ke Ramsis memakan masa. Teksi perlu disewa.

    Haikal! Haikal!
    Langkah yang dihayun terhenti. Nama Haikal dilaung-laung berulang kali. Segera dikalihnya ke belakang. Haikal kaget. Namun rasa syukurnya pantas menyelinap diri. Dari kejauhan Amir berlari pantas, merapati Haikal.

    Haikal, aku minta maaf. Jika dulu kita pernah berkongsi cita-cita bersama tapi kenapa sekarang tidak? Aku ingin mengikutimu, berjihad fisabilillah. Bawalah aku bersama Haikal,·suara Amir terhenti. Termengah-mengah.

    Dengan Nama Allah yang Maha Esa, aku bersumpah diri dan jiwa ini hanya milikMu Ya Allah!·Amir menjerit. Keras dan lantang.
    Air mata kelakian Haikal tumpah. Lantas dua sahabat itu saling berpelukan. Berkongsi hadaf yang satu.

    ______________________________________________________________

    Suasana di ibu pejabat Jam?yatus Syubbanil Muslimin riuh rendah. Kelihatan ummat Islam dari seluruh pelosok Mesir berkumpul di situ. Suasana itu mengingatkan Haikal pada firman Allah dalam surah As-Saf.

    Sesungguhnya Alalh menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam saf yang teratur seakan mereka seperti satu bangunan yang kukuh (As-Saf:4)

    Seketika kemudian, As-Sayid Imam Hassan Al-Banna muncul. Dengan serban yang terlilit kemas, berjubah labuh Said Hawwa itu mengatur langkah kemas. Berkumis tebal, wajah itu menimbulkan ketenangan. Terpancar cahaya keimanan di raut wajahnya.

    Pembesar suara dicapai. Dengan lafaz asma Allah, ucapan terlontar. Satu persatu kata-katanya bak butiran mutiara, penuh hikmah. Dan Haikal mendengar khusyuk. Pancaindera telinganya dimanfaatkan sebaik mungkin. Strategi peperangan yang diterangkan tersemat kukuh di fikiran. Bagaikan mimpi, kini dia berjuang bersama-sama Imam Hassan Al-Banna. Sementelahan mujaddid itu idolanya selama ini. Syukur Ya Rob.

    Doktor Ahmad Al-Malat diperkenalkan. Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah itu zuhud orangnya. Ilmu perubatan disalurkan sepenuhnya ke jalan Islam. Dia bakal merawat mujahidin yang tercedera di medan perang.

    Solat sunat dua rakaat segera didirikan oleh tentera Islam. Imam Hassan Al-Banna bertindak sebagai imam mengimami jemaah muslimin. Laungan takbir bergema di udara. Allahuakbar. Memenuhi ruang angkasa. Kuat dan lantang. Semangat kini kian terbakar, menyala-nyala. Haikal pejamkan matanya.

    Saat ini yang ku impi-impikan,·getus hatinya.

    Perjalanan menyusuri Semenanjung Sinai terasa begitu lama. Pandangan Haikal terlempar ke luar. Bumi gersang itu diamatinya. Bumi tempat persinggahan Nabi Musa satu ketika dulu menyimpan seribu satu khazanah. Zikrullah basah di bibir. Niat di hatinya diperbaharui. Berjihad hanya kerana Allah.

    Dulu Palestin merangkumi Syria, Jordan dan Labenon, dikenali sebagai bilad Al-Syam. Tapi selepas tercetusnya Perang Dunia Pertama, Palestin dipisahkan oleh Britain. Lantas Sungai Jordan, Laut Mediterranean, Lebanon, Gurun Sinai dan Teluk Aqabah menjadi sempadan,·terang seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Jamal kepada Haikal. Haikal cuma mengangguk. Anak muda kelahiran Tanta itu berperwatakan intelek.

    Trak tentera akhirnya berhenti. Suasana baru itu ternyata asing buantnya. Lantas udara nyaman dihirup dalam-dalam. Bumi Palestin sudah dijejaki Haikal. Moga dagangan hina ini dibeli oleh Allah.

    Setiap tentera dibekalkan dengan rifel dan beberapa bom tangan. Meskipun senjata ini Amerika Syarikat, namun semangat juang yang kental dan tinggi tidak pernah padam. Biarpun musuh memiliki senjata yang canggih tetapi ummat Islam tetap memiliki roh jihad yang membara. Masa harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Setiap saat yang berlalu begitu berharga. Haikal lantas mengambil tempat di posisi kanan. Dia meniarap. Rifelnya memuntahkan peluru. Mengena sasaran, tentera Yahudi itu tumbang. Suasana makin hiruk pikuk. Bunyi tembakan jelas kedengaran. Diselang- seli dengan laungan takbir, peniup semangat. Peluru bersimpang- siur. Tentera Yahudi ramai yang rebah, tumbang satu persatu. Sementara tentera Islam mara ke hadapan dengan gagahnya. Namun dalam kegawatan itu, Amir tidak sedar dirinya diteropong tentera musuh. Haikal cuba menjerit, memberi amaran. Tetapi jeritan Haikal tenggelam. Tenggelam dalam hingar-bingar peperangan.

    Bang!·Tubuh Amir dirobek peluru. Badannya rebah, mencium bumi. Darah merah dan pekat mengalir, membasahi tanah Palestin. Haikal tidak sanggup melihat peristiwa itu. Jalan harus dicari. Di sana Amir sedang bertarung dengan maut. Amir harus diselamatkan. Dalam kepayahan, Haikal mendapatkan Amir. Langkah diatur berhati-hati. Silap langkah badannya pula yang akan ditembusi peluru. Kepala Amir dipangkunya. Sahabatnya itu menahan perit kesakitan yang dahsyat.

    Haikal· kedengaran suara itu bergetar lemah.

    Amir mencari keupayaan menutur bicara.

    Sampaikan salam kepada keluargaku. Aku rasa·aku rasa perjuanganku setakat ini sahaja. Arghhh·tapi kau harus berjanji berjanji Haikal jihad ini perlu diteruskan.
    Amir cuba menguntum seulas senyuman dalam kelat kepahitan. Kalimah syahadah ditutur lemah. Dan Amir syahid dalam hidupnya. Syahid di pangkuan teman sepermainannya dulu, Haikal. Kolam mata Haikal berkaca. Ditahan air mata itu daripada tumpah. Namun air mata itu laju menuruni birat matanya. Pantas manik-manik jernih itu diseka. Dia bingkas bangkit. Bumi Palestin menjadi saksi, Haikal berjuang bermati-matian. Dia mara ke hadapan seperti asad yang garang.

    Satu demi satu kejayaan diraih ummat Islam. Dan satu demi satu daerah Palestin jatuh ke tangan muslimin. Masjidil Aqsa dan Qubbatussakhra·kembali kepada fitrahnya, kembali menjadi milik ummat Islam. Benarlah kata-kata Tuhan dalam kalamullah yang Agung, sesungguhnya pertolongan Allah akan sentiasa bersama-sama hambaNya yang taat.

    Solat zuhur petang itu terasa kelainan. Apatah lagi solat empat rakaat itu didirikan secara berjemaah di Masjidil Aqsa. Solat yang ganjarannya 500 kali ganda. Kelihatan Haikal berteleku di sejadah yang lusuh. Doanya berentet panjang. Kepada Amir didoakan kesejahteraan dan ketenangan. Semoga temannya itu menjadi tetamu di Syurga Firdausi yang indah. Tidak Haikal menjangka Amir pergi dulu menemui Ilahi sebelum dirinya. Namun dia bangga, sahabatnya bergelar syuhada·

    Jihad perlu diteruskan. Selagi seluruh bumi Palestin tidak ditawan, perjuangan ini tidak akan ternoktah. Tentera Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot perlu ditumpaskan. Tentera Islam mula bergerak cergas ke Tel Aviv. Tetapi berita yang baru diterima di pinggir Tel Aviv memeranjatkan semua. Raja Faroq memerintahkan mereka pulang, kembali ke bumi Mesir. Haikal terkesima. Konspirasi jahat apakah ini? Tatkala tentera muslimin di gerbang kegemilangan, mereka disuruh berundur. Pakatan apakah ini? Namun mereka tiada kuasa dan pilihan. Terpaksa akur dengan arahan yang diterima. Kaki terasa seolah-olah berat meninggalkan bumi Quds yang tercinta.

    Sekembalinya di Mesir, sekali lagi tentera muslimin terkejut. Layanan yang diterima sungguh menyedihkan. Mereka dihumban ke penjara yang gelap tanpa belas kasihan. Dan yang paling menggemparkan berita kematian Hassan Al-Banna. Beliau ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Immamul jihad yang dikejarkan ke Hospital Al-Qasrun Aini itu ditinggalkan tanpa rawatan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Malahan Ikhwanul Muslimin diharamkan dan dibubarkan. Sempurna sungguh sandiwara politik yang dimainkan oleh Raja Faroq.

    Bangsat! Haikal mengetap bibir, menahan marah. Marah dengan pemerintahan Mesir yang mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. Besi itu dipegangnya. Haikal memberontak. Dia ingin keluar dari situ. Dia tidak suka tubuhnya dibelenggu dan dikurung. Bukan itu kehendaknya. Biar dirinya berada di Palestin, menggempur tentera Yahudi. Pandangan matanya berbalam. Dia kini di sangkar penjara yang gelap dan kotor bersama sebilangan besar tentera muslimin yang lain. Sungguh tidak diduga, begini kesudahannya. Namun Haikal tidak pernah menyesal. Sudah fitrah perjuangan, dipenuhi ranjau dan duri.

    Tergempar! Tergempar! Ummat Islam Palestin dihalau keluar. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara di bumi Palestin yang dinamakan Israel. Malahan usul itu dipersetujui kerajaan Britain.·Zaid menyampaikan berita yang baru diterimanya tadi.

    Haikal terdiam. Peristiwa Deklarasi Balfour berulang kembali. Ummat Islam Palestin menjadi pelarian di tanah air sendiri. Hatinya geram. Otaknya berserabut. Yahudi benar-benar melampau. Haikal menyumpah dalam hati.
    ______________________________________________________________

    Suasana yang hening menjadi kelam kabut. Kelihatan ummat Islam Mesir membantah keputusan yang diputuskan oleh hakim. Keputusan hakim Yahudi itu nyata tidak adil. Haikal tetap tenang. Zikrullah makin deras. Dia dan beberapa ummat Islam yang lain bakal dihadapkan ke tali gantung. Andai ini ketentuanNya, Haikal terima dengan hati yang redha. Biarlah dia syahid di tali gantung. Cuma satu harapannya. Harapan yang lama tersimpan jauh di lubuk hatinya. Semoga Syurga Firdausi sudi menerimanya. Menjadi penghuni di syurga yang mengalir di bawahnya air sungai yang tidak pernah kenal erti tandus dan kering.

    Posted at 06:18 pm by aufa_asiah
    Make a comment  

    Apr 25, 2005
    Research yang ntah aper2

    RESEARCH,RESERACH,RESEARCH....................



    Welcome again................

    Assalamualaikum wbt.............

    What should i write in this entry? According to the title i suppose to story about my research!!!!Sincerely, initially i hate doing research.........its procedure is too complicated!!! And of course a lot of money had to be spent  just for this research!!!

    We were divided in to small group, about 4 members each group, then we were required to find one of any lecturers to become our supervisor. one supervisor  for each group...

    Fortunately, my group got our beloved lecterur, Prof Dr Khatiza as our supervisor.... she is very kind,nice, helpful person. She treated us as her daughters....i still remember, when she had vacation in Burma, she bought us JED, one for each of us...... Thanks Doc.!!! 

    After had a short discussion, we decided to choose "CHANGES OF BLOOD PRESSURE WITH BMI AND SEX" as our  research title. And the data collection had been carry out at MINES SHOPPING FAIR. As our target, we succesfully got about 360 subjects just for one day!!! Opps before i forget, let me introduce others group members. They r AFUN(my rumate), CT and ZIMAR (our neighbours,hehhe).

    During our study periods, a lot of obstacles we have to face, problems to handle and tasks to complete. Even our shedule for this short sem not as fix as before, but we still have to manage our time properly...

    The most unforgottable experience was during our data  collection that had been carry out at MINES SHOPPING CENTRE. We had to survive ourselves........permission letter,venue preparation,promotion, we ourselves manage it. We confessed, it would help our knowledege and experience to grow.

    During data collection, we had learnt lot of things especially in how to deal wif patients which came from variables background . And we really did it!!! mm...i also would like to gratitude our beloved friends, ALISA,ZIZIEY and KAMA for being such wonderful friends. Only Allah can reward all of u!!! Thanx my sahabat!!!!

    And know, we r completing our data analysis which has to be presented this friday......We will make it great in order to statisfy all the lecturers... why? becoz during our previous presentation we had been treated disgracefully...likes MALAYSIANS IDOL....bullied in front of audience!!! But it is still acceptable, becoz we knew, it is our fault, making proposal unseriously!!! Then, we learnt a lesson from it!!


    Wokey.......enough for this moment.......i realize, my english is very bad! Perhaps others friends outside there can help me....hehhe...

    P/S : aper yg aku mengarut nie!!!!! @>-------

    Posted at 01:40 am by aufa_asiah
    Make a comment  

    Apr 24, 2005
    Sambutan Maulud Nabi, Wajarkah kita?

    Bismillahirrahmanirrahim..................

    Alhamdulillah..........moga ruang masa yg agak terhad ini dpt ana kongsikan bersama2 sahabat dlm bentuk mencetuskan pemikiran kita dlm konteks sambutan Maulidur Rasul..........Walau pun sedikit kelewatan, namun bahang sambutannya masih terasa

    Junjungan besar ke atas utusan Allah, Nabi Akhir zaman, Nabi Muhammad S.A.W.

    Sahabat2 sekalian, tahun demi tahun........bila tibanya waktu dan ketika, bertarikh 12 Rabiul Awal, kite tidak pernah lupa utk menyambut "hari jadi" insan yang paling mulia di atas muka bumi ini. Namun apakah maksud sambutan sebenar yg sahabat2 faham tentang hari yg bersejarah ini? Adakah sambutan yg kita turut serta ikhlas dr lubuk hati kita utk mengingati Rasulullah? Ataupun sekadar mengikut tradisi? Ataupun mmg sepatutnya kita hanya mengingati,merindui Rasullullah hanya pd tarikh itu? Bagaimana pula dgn hari2 lain?

    Dalam keadaan sedar atau tidak, sebenrnya kita wahai rafiki...tiap2 hari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.......especially dlm solat......mmg lebih dr patut...kita berselawat pada apa jua waktu bukan dlm solat semata-mata..........

    Sedarkah wahai sahabat, pada tarikh yg sama merupakan kewafatan our Prophet, Muhammad S.A.W. Jadi adakah kita menyambut ulangtahun tersebut kerana kite betul2 mengingati,gembira,,merindui kelahiran Nabi Muhammad S.A.W atau pun kita gembira,meraikan kerana kewafatan beliau?

    Sebenarnya sambutan maulidur Rasul hanyalah bermula pada zaman pemerintahan Solahuddin AL -Ayubi......tidak pada zaman Rasullullah sendiri,bahkan tidak pada zaman para sahabat.....

    Manusia yg pertama menyambut kelahiran nabi ialah bapa saudara beliau sendiri Abu jahal dgn mendukung nabi sambil mengelilingi kaabah, tanda betapa gembira nya die mendapat anak buah lelaki...........tetapi apabila nabi menyampaikan Risalah Islam, Abu Jahallah org yg plg kuat menentang!!!! Adakah kita sama seperti Abu Jahal? Bergembira, bersorak menyambut maulud nabi tetapi dlm masa yg sama kite ketepikan sunnah nabi,kita persendakan agama Islam...

    Fikir2kanlah wahai sahabat yg dikasihi......dimulut kite berselawat ke atas nabi...tetapi hati dan perbuatan kita adakah selari dgn lafaz2 kita? it merely utterance!!!!  

    Ana tidak pandai utk bermadah puisi,mencoret kata -kata , tetapi cukuplah sekadar meninggalkan persoalan supaya kita muhasabah balik diri sendiri............

    Wallahualam...................




     

    Posted at 01:21 am by aufa_asiah
    Make a comment  

    Apr 23, 2005
    MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK


    Bismillahirrahmanirrahim.........................

    Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka,hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari-cari walaupun sudah ader segala-galanya. Apa lagi yang tak ade di syurga, Nabi Adam a.s tetap ribdukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tak mungkin mampu untuk meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang2 yang lurus. Luruskanlah Wanita dgn cara yang ditunjuk Allah kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dgn panduan darinya.


    JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DGN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka dgn Allah, zat yang kekal. Disitulah suisnya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DGN ILMU, HATI SERAPUH KACA KUATKAN DGN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA HIASILAH DGN AKHLAK.

    Ini adalah kerana dari situlah mereka akan nampak nilaian dan keadilan tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri negara, ataupun woman gladiator. Bisikkan ke telinga mereka kelembutan bukanlah satu kelemahan. itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhankerana rahim wanita yang lembut itulah yg menandingkan lelaki-lelaki waja,negarawan,karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.

    Wanita yg lupakan hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,amal dan akhlak, mereka bukan shj bengkok tapi mereka pula yg membengkokkan.

    LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

    Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri sendiri apatah lagi utk mengenali lelaki. Kini bukan sahaja ramai bos kehilangan secretary, bahkan anak pun kehilangan ibu, dunia lelaki akan huru hara.

    Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpilah diri sendiri dulu kepadaNYa. Jinakkan diri dulu dgn Allah, nescaya akn jinaklah segala-galanya dibawah kepimpinan kita.


    JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDITINA FATIMAH R.A KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI R.A





     

    Posted at 09:44 am by aufa_asiah
    Make a comment  

    Ucapan Alu-aluan

    Assalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh...............

    Alahamdulillah............akhirnya dgn keizinan dari NYA akhirnya ana dapat menyiapkan blog sendiri utk dipubliskan utk tatapan sahabat-sahabat sekalian............

    sebenarnya blog ana yang satu lagi (http://aufasolehah.blogspot.com)  adalah blog join venture antara ana dan sahabat baik ana si zakiah yg cun.....

    memandangkan schedule yg boleh dikatakan agak lengang menambahkan kegilaan ana utk menjayakan blog yg ntah ape2...........

    apa yg ana dapat kongsikan di dalam blog yg cute ini,moga memberi seribu satu pengertian utk kalian semer...........heheh............hahhaha(ni ketawa jahat)

    ish aper yg ana mengarut ni.....JIHAD,JIHAD,JIHAD..................

    k..............ana bercadang utk memuatkan isu semasa ttg perubatan dlm blog ini.....

    k.......semoga Allah memberkati usaha yg tak seberapa ini............


    Posted at 12:30 am by aufa_asiah
    Make a comment  

    Kelebihan AL-HABATUS SAUDA'

    Kelebihan AL-HABATUS SAUDA'

    AL-HABATUS SAUDA adalah jenis rumput yg berwarna hitam dan bermusim tahunan dan ia termasuk dalam jenis Nigella Lan Ramunculus. Al-Habatus Sauda tumbuh dimesir dan di negara -negara Laut Tengah dan India



    Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya AL-HABATUS SAUDA' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali al-sam". Saya bertanya, "Apakah al-sam itu? Baginda menjawab, " Al-sam ialah maut" (Hadith Riwayat Bukhari)



    Terdapat 14 hadith sahih lain yg meriwayatkan kebaikan AL-HABATUS SAUDA'



    IBNU SINA dalam "Al-Quran Fi Al-Tibb" antara lain menyebut sifat-sifat Al-HABATUS SAUDA' ialah pedas , kering ,boleh membuang kelenjar dan angin dari tubuh salain boleh melancarkan haid wanita yang bermasalah. Ia juga boleh bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggan dan tempat berkumpul air kencing.




    ABDUL LATIFF AL -BAGHADIY didalam "Al-Tibb Min Al-Kitab Wa Al-Sunnah" dipetik seperti berikut, " Al-Habbatus Sauda' manfaatnya byk sekali, antara lain utk menghilangkan angin dan menyembuhkan cupak, bahkan ia boleh mengatasi sakit panas-dingin membuka rongga yg tersumbat, membersihkan perut besar, melancarkan haid dan susu ibu."




    DR MOHD SOFIE MARZUKI, BSc., PhD (BioChemist), University Of Nanyang, seorang Bio -Chemis merumuskan bahawa AL-HABATUS SAUDA' berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi yang sedia ada di dalam badan kita. Kandungan yang lengkap di dalam HABATUS SUDA membantu menguatkan sistem imunisasi. Ia juga mengandungi hormon yang lengkap utk menambah kecergasan mental,seksual dan pelbagai aktiviti. Di samping itu, ia melancarkan perjalanan darah dan membantu ke arah penyembuhan semualajadi.

    Rujukan dari:

    RAHSIA PERUBATAN HABATUS SAUDA'
    Doktor Hassan Syamsi Baasya Terjemahan oleh: Abdul Khairi AL-Latiff



    P/s : alhamdulillah...berjaya jugak meringkaskan kebaikan habatuss sauda....dlm konteks komersial, recently,habatus sauda di modyfy dlm pelbagai bentuk makanan dan minuman yg mane keasliannya tetap dipelihara dan dijaga in order utk memenuhi tuntutan pengguna. Sbg contoh dlm bentuk minuman kopi, tablet dan sekarang meluas di pasaran apa yg ingin ditekankan disini keajaibannya dlm mengubati pelbagai penyakit yg diperkukuhkan lagi dgn hadis nabi sepatutnya kite sebagai umat islam patut mengamalkannya demi kesihatan bersama...hehe sorrylah ana xpandai nk promote...

    sebenarnya ayah ana yg suruh promote..die dah berhenti kije dgn government..sekarang berniaga kecil kecilan utk menyara kami adik beradik....ari tu die tgk ana buat blog nie...die pun ambillah peluang utk ana mengetengahkan perniagaan die...huhu... abah!!!!! i really did it!!!







    Posted at 12:16 am by aufa_asiah
    Comments (6)